Mengharungi cabaran hidup merupakan sesuatu yang sukar terhadap semua individu yang terlibat, tidak kira secara langsung mahupun secara tidak langsung. Perasaan perit yang menderitakan mampu menggugat kesejahteraan serta fungsi-fungsi kehidupan seharian. Tugas saya sebagai ahli psikologi klinikal adalah untuk menaksir dan menyatukan informasi berkenaan, lalu menyesuaikan pelan kepada individu tersebut untuk membantu para klien mengurangkan keperitan yang dialami secara efektif dan sedia kembali berfungsi secara sihat. Saya bekerjasama erat dengan para klien kearah matlamat kami sementara mengutuhkan kekuatan, kebolehan, kemahiran serta jati diri mereka.
Sebagai seorang ahli psikologi klinikal, saya percaya betapa pentingnya sifat inklusif dalam menyediakan khidmat kesihatan mental kepada semua. Menyediakan ruang yang selamat kepada semua orang, terutamanya golongan yang disisihkan tanpa mengira kaum, usia, identiti gender, orientasi seksual, kepercayaan agama, kelainan upaya, atau kelas social merupakan keutamaan yang saya utamakan. Saya juga percaya betapa pentingnya kesedaran interseksional dalam memberikan khidmat kesihatan mental kepada para klien.
Minat saya untuk menceburi bidang psikologi bermula dari awal dalam hidup ketika berumur 15 tahun, dan saya tidak berpaling arah sejak dahulu. Dari dulu, saya belajar untuk memberi ketenangan dan sedia mendengarkan keluh-kesah daripada orang di sekeliling saya. Kepercayaan mereka yang utuh serta sifat empati yang saya mula rasai memarakkan lagi semangat saya untuk meneruskan impian untuk menjadi seorang ahli psikologi klinikal.
Sesudah selesai menuntut ijazah sarjana muda Psikologi di Sunway University, saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Psikologi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya menerima latihan yang ketat menerusi pesakit dalam dan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di kedua-dua bahagian psikiatri dewasa serta psikiatri kanak-kanak dan remaja. Semasa tempoh latihan saya di hospital ini, saya berkhidmat memberi ujian dan taksiran psikologi, memberi diagnosis, dan melaksanakan pelan rawatan persendirian dengan para pesakit. Tambahan lagi, saya juga bekerjasama erat bersama para profesional kesihatan mental lain dari pelbagai disiplin dalam pengurusan kes pesakit.
Setelah dilatih di pusat perubatan, saya memperolehi pengalaman bekerja bersama individu dari pelbagai kaum dan peringkat umur sama ada kanak-kanak kecil sehingga ke warga emas. Saya telah bekerja bersama kanak-kanak dan remaja dari golongan istimewa, memberi fokus kepada latihan skill dan kemahiran dan menyediakan pendidikan kesihatan seksual. Saya juga berpengalaman bekerja bersama golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai pelbagai masaloah emosi dan kelakuan. Ketika bekerja dengan golongan ini, saya akan turut bekerjasama dengan para ibubapa dan ahli keluarga lain untuk memastikan kelangsungan proses terapi dan hasilnya di rumah.
Saya telah dilatih untuk menjalankan penaksiran dan ujian psikologi terhadap klien dewasa serta golongan muda termasuklah Weschler Adult Intelligent Scale, Weschler Intelligence Scale for Children, ujian kecerdasan mental tanpa verbal, ujian neurokognitif, ujian personality, ujian fungsi adaptif serta pelbagai ujian saringan dan diagnosis. Saya berpegang kepada pendekatan holistik dalam menjalankan ujian, sementara mengumpul maklumat dari berbagai sumber untuk merumuskan gambaran klien secara tepat.
Bagi pendekatan terapeutik saya pula, saya dilatih dalam Terapi Kognitif Tingkah Laku (Cognitive Behaviour Therapy) sebagai modaliti utama saya. Semasa terapi, kami akan fokus kepada sini dan sekarang (here-and-now). Bersama dengan para klien saya, kami akan berusaha menstruktur semula kelakuan dan corak pemikiran maladaptif semetara menguatkan lagi skill dan kemahiran untuk menangani masalah yang positif. Saya juga menggunakan pendekatan fokus terhadap penyelesaian (Solution Focused) dalam membantu klien saya mengukuhkan daya dan sumber-sumber mereka serta bekerjasama untuk mencapai matlamat kehendak mereka.
Saya berasal dari keturunan etnik Melayu. Dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum, saya berminat secara semula jadi untuk bekerja bersama individu dari pelbagai latar belakang dan kaum.